Monday, March 9, 2009

GENERASI BEBAS JENAYAH






PELANCARAN GENERASI BEBAS JENAYAH

Kuala Lumpur, 8 Mac – Pelbagai program di anjurkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menghindarkan belia daripada perlakuan jenayah. Dalam usaha untuk menangkis pandangan negatif masyarakat kepada golongan belia, KBS telah melancarkan program belia cegah jenayah baru- baru ini.

Dalam ucapannya, Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob menyeru supaya golongan belia mengisi masa lapang dengan menyertai program- program yang dianjurkan oleh KBS.

Beliau juga mahu golongan belia supaya menjauhkan diri dari perbuatan jenayah yang boleh memusnahkan masa depan mereka. Beliau ditemui ketika merasmikan Program Generasi Bebas Jenayah di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini.

Hadir sama Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan Yang Berbahagia Dato’ Mohd Yasin b. Mohd Salleh dan Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Yang Berbahagia Dato’ Haji Fathul Razi Haji Bakri.

Created by : Cawangan Media dan Komunikasi Korporat


Bacaan Ikrar : GENERASI BEBAS JENAYAH
BAHAWA KAMI

WARGA BELIA SELURUH NEGARA
BERIKRAR DAN BERJANJI
AKAN MENJAUHKAN DIRI KAMI
DARIPADA SEGALA BENTUK
JUGA PELAKUAN
YANG BERUNSURKAN JENAYAH

KAMI JUGA BERJANJI
AKAN MENJADI BENTENG SERTA PELINDUNG

KEPADA KELUARGA KAMI

MASYARAKAT KAMI
BANGSA KAMI

NEGARA KAMI
DARIPADA ANCAMAN
BAHAYA JENAYAH

UNTUK ITU KAMI BERTEKAD
MENJADIKAN GENERASI KAMI

SEBAGAI GENERASI PENERUS
WARISAN BANGSA

YANG BERDAULAT DAN MERDEKA
BERSIH SERTA BEBAS
DARIPADA JENAYAH
BERLANDASKAN KEPADA
RUKUN NEGARA
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN.

3 comments:

  1. wa..
    kak yan ni aktif beno laa..
    sumer aktvt join~
    t der aktvt pe2 ag..
    infom laa sy.
    sy pon berMINAT!!!
    heeeeeee~

    ReplyDelete
  2. bagus bagus...kekadang warga belia tak sampai maklumat...huhu
    kakyan pun saje pergi xsangka ada program...
    akak pun xtau apa-apa...
    ok nanti rajin-rajin la buka frenster sbb kekadang akak akan kasitau..

    ReplyDelete