Tuesday, December 30, 2008

The making of...@ Port Dickson

Selection Camp...2008
18 April 2008 , Jumaat


Seawal jam 6.30 pagi,aku berjalan keluar dari Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah Universiti Malaya seorang diri menanti teksi untuk ke Stesen LRT Kerinchi. Selepas 10 train, barulah giliran aku untuk menaiki train kerana pagi itu penuh sesak dengan orang yang ingin sampai ke pejabat masing-masing...dari LRT Kerinchi aku turun di Masjid Jamek dan dari situ aku mengambil Komuter ke Bandar Tun Razak. Aku terpinga-pinga,namun aku tetap meneruskan perjalanan kerana aku tidak pernah menjejakkan kaki ke situ. Teksi membawa aku sampai ke Pusat Belia Antarabangsa ( IYC) untuk pendaftaran sebagai salah seorang peserta yang akan mengikuti Kem Pemilihan Program Pertukaran Belia Antarabangsa 2008,bertempat di APBM,Port Dickson Negeri Sembilan. Tidak mengenali sesiapa membuat aku terpinga-pinga seorang diri. Aku mulai menegur beberapa peserta lain...Sharifah Norizah, peserta daripada Johor lepasan STPM merupakan peserta pertama yang aku tegur dan berbual seketika.

Jam 11.00 pagi, kami bertolak ke APBM,Port Dickson dengan bas. Sewaktu dalam bas, aku mengambil tempat bersebelahan dengan Ita, daripada UITM Shah Alam. Bermula dari situ, dia menjadi sahabat baikku sepanjang kem hinggalah kini.

Kami tiba tepat jam 1.20 tengahari. Sebaik tiba di sana, kami di arahkan ke kantin...namun disebabkan miscommunication, Mr.Lim memohon maaf kerana makanan tengahari tidak disediakan namun pihak kantin sedaya upaya menyiapkan apa-apa makanan yang boleh di masak. Kami dihidangkan dengan bihun goreng...

Pada pukul 2.00 petang, kami di bawa ke sebuah bilik untuk mendengar taklimat dan briefing yang disampaikan oleh En.Mod Nadzri dari Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Aku dapat nombor ' 127'...my Lucky number !!!

Sepatutnya kalau ikut jadual,Group Interaction & Exercise session, tapi...
Kami diberi tugasan pertama iaitu untuk membuat preparation for Opening Ceremony. Pembahagian tugas bermula, dan aku dengan sukarela mengangkat tangan untuk menjadi pengacara majlis. Sebelum ini, aku ada la juga jadi MC ni...tapi tanpa partner coz susah nak ngam. So, aku redah jer...

Partner aku kali ni nampaknya seorang yang berkaliber dan perwatakan yang menarik. Aku menghampirinya dan menghulurkan salam perkenalan sebagai bakal pasangan pengacara majlis. Aku, tanpa rasa segan memintanya membantu aku yang serba kekurangan ini...jawapan pertamanya apabila aku bertanyakan nama dan kerjanya..."khaireel...kerja sendiri jer.."ujarnya. Dalam fikiran aku pada waktu itu ialah..."dia ni mesti salesmen coz skema giler datang sini,siap pakai sepasang kot n baju kemeja..."

Aku sibuk menyiapkan skrip untuk malam ni. Manakala, Khaireel pula sibuk buat persiapan raptai penuh. Maklum la...masa yang sesingkat itu,tapi kami inginkan kesempurnaan dan berharap dapat berjalan lancar. Kerjasama daripada semua amatlah mengkagumkan. Khaireel pula, memang komitmen ngan kerja. Salute la!!Spring..toink...toink...

Sedang aku sibuk buat skrip ni,nama dia panjang sangatla...Khaireel. So, aku terfikir..."apa kata letak 'K' jer..."senang kerja. Ok. Teacher banyak membantu aku untuk translate skrip ni. Terima kasih bebanyak, Teacher.


Script for Opening Ceremony,9.00-9.45 pm















K : Announcing the arrival of our guest of honour, Mr.Hatta Mohd Yasin, Assistant Director Of International Youth Centre, escort by Mr. modh Azim Osman and Mr. Mod Nadzri Yaacob, Assistant Director International Unit and Sosial Development Branch.

Y: Assalamualaikum and very good evening to all camp selection for the International Youth Exchange Programmes participant.

K : I'm Khaireel,

Y : and I'm Yan...

K & Y : will be the emcees for tonight.

K : For the opening ceremony, we would like to present Pencak silat Performance!

Y : With grateful honour, we would like to welcome you to this camp. Without Further adue, we are inviting everybody to stand up and sing the Malaysian National Anthem, Negaraku.

K : To proceed, I like to invite Mr. Ahmad Lukman Nul Hakim Mohd Saad to recite the prayer.

Y : Thank you Mr. Ahmad Lukman Nul Hakim. To begin the ceremony for today, let us recite an oath lead by Miss Karling.

K : Next, i would call upon Mr. Mohd Azim Osman & Miss Pavani as the camp Leader and Assistant Leader to give a short speech.

Y : Thank you Mr. Mohd Azim & Miss Pavani. Without further adue, i would proudly invite Mr.Mod Nadzri Yaacob to assist Mr.Hatta Mohd Yasin as the Assistant Director of International Youth Centre to officiate this program.

Y : Thank you Mr. Hatta, but before that, I would like Mr.Hatta to remain on stage as I will call upon Mr.Azim to assist Mr. Mod Nadzri on to the stage to give out of token of rememberence to Mr.Hatta.

K ; Ladies and gentlemen,next in our agenda are the performances performed by the participants. They will be performing 3 types of cultural perfomance.

Y ; Ladies and Gentlemen, presenting by Indian participant,...Alaigar Dances.

K : Thank you for that energetic performance. Now, let us give a round of applause to performance by Chinese participant, Momotea.

Y : Thank you for the lovely performance.

K : Next, performance by Malay participant, Joget Lambak!!

Y : Thank you for the performance.

K : Buah Cempedak Di Luar Pagar, Ambil Galah Tolong Jolokkan,Kami Budak Baru Belajar, Kalau Salah Tolong Tunjukkan!

Y : Tuai Padi Antara Masak, Esok Jangan Layu-layuan, Intai Kami Antara Nampak...Esok Jangan Rindu-rinduan!

K : Kalau Ada Sumur di Ladang, Boleh kami Menumpang Mandi,Kalau Ada Umur Yang Panjang, Boleh Kita Berjumpa Lagi.

Y : Ladies and Gentlemen, we have now come to the end of the ceremony.

K : I would like to humbly invite the VIPs and the participants to have some refreshment at the canteen.Good night and...


K & Y : Thank you n selamat malam.





















Selepas postmortem, kami bersurai. Acara malam ini berjalan lancar dan mendapat pujian. Aku pun tak sangka jadi emcees malam ni, walaupun aku takde la teror sangat...tapi ok la kot.hihihi

19 April 2008, Sabtu

Seawal jam 6.50 pagi, aku ngan Ita da tiba di perkarangan berkumpul berhampiran dewan utama untuk Morning Exercise. Suasana gelap masih menyelubungi. Kekadang terdengar deruan ombak laut yang berhampiran. Dingin terasa menyentuhi tubuh. Tiada sesiapa yang datang lagi, kami duduk bersimpuh di atas tangga sambil bersembang. Tidak lama kemudian, kelihatan kelibat seorang lelaki berjaket hijau datang menghampiri. Owh, Mr. K...still remember? Khaireel la...kami bersembang sementara menanti peserta lain.

Aktiviti yang memenatkan tapi best...senaman pagi! Henry conduct senaman pagi dan diselitkankan dengan dance diiringi lagu "Aselehe..." n Chicken Dance. Tidak lupa,tarian popular waktu itu, Poco-Poco by Dyla.

Selepas breakfast, pada jam 8.30pagi kami berkumpul di dewan besar untuk meneruskan aktiviti seterusnya di hari kedua ini. "Discussion Session" mengenai Cultural, Education, Environment, Family. Kumpulan kami membuat perbincangan mengenai"International Intermarriages to be encouraged." dan ianya akan dibentang dalam aktiviti debat nanti.


Presentation/ Plano Session bermula pukul 11.00pagi hingga 12.30 tengahari. Kumpulan kami membentangkan perihal pertukaran budaya antarabangsa berdasarkan discussion dalam kumpulan tadi.Semuanya berjalan lancar.Kumpulan kami berpecah dan aku termasuk ke kumpulan bersama Mr.K dengan tajuk 'Cross Cultural'...

Kami makan tengahari pada pukul 12.30 tengahari, rehat dan sembahyang Zohor. Aku tidak mengambil masa lama untuk makan tetapi lebihkan masa untuk membuat persiapan debat. dalam hati berdebar hanya Tuhan yang tahu. Selama aku belajar, hingga di universiti...aku tak pernah melibatkan diri dengan program debat. Di sini hari ini...sungguh tidak aku sangka, akan melakukan sesuatu diluar kebiasaanku.Hahahahha...takut pun ada jugak. Kak Dahlia banyak membantu kerana dia merupakan ahli kumpulan aku.Thanks akak.

"Debating Session" bermula jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 4.15 petang.



"Exploration Activity" bermula jam 4.30 petang-6.30 petang. Sangat mencabar minda dan fizikal untuk mencari jawapan kepada kata kunci dan klu yang diberikan. Kepenatan naik turun bukit juga...mencabar kekuatan fizikal. Namun, semangat sepasukan yang ada tidak melunturkan semangat kami walaupun terlalu penat. Inilah pasukan kami...antara tugasan yang kami buat ialah menyanyi lagu negeri Kelantan beramai-ramai....


Setelah penat, kami mendapat tugasan untuk malam ini. Apabila membuka cd...kami terpaksa mencari idea untuk persembahan kumpulan dengan menggunakan lagu 'Balqis' nyanyian Dato' Siti Nurhaliza dan satu lagi persembahan bebas. Kami hanya ada masa lebih kurang 1 jam setengah jer...memang kalut ribut hingga tak ada selera untuk makan malam memikirkan tugasan yang belum sempurna. Kerjasama ahli kumpulan sangat la baik dan sporting.
Bermula jam 8.30 malam, "Talent ID / Cultural Performance" bermula. Boleh la membuat tarian yang hancur guna lagu 'Balqis' tu...dan satu lagi kami buat Boria. Ala...semua spontan jer asalkan semuanya sporting. Memang meriah dan pelbagai bakat terpendam tercungkil pada malam ini yang tamat pada pukul 11.30 malam.P/S:Jangan lupa saksikan gelagat kami semua @ www.youtube.com(taip je selectin camp 2008).Ini hasil kerja Ain Najwa(sekumpulan ngan aku tu...).Thanks my beloved sis!

Untuk keesokan harinya, aku sibuk membuat persiapan pada malam ini lagi...ye la untuk Interview dan Public Speaking.

20 April 2008, Ahad

Macam biasa, selepas breakfast...kami bersiap sedia untuk Public Speaking & Interview Session. Aku sekali lagi gementar...bak kata Mr.K," ala..Yan takpe,ko redah jer...kalau salah pun teruskan buat-buat tak salah...boleh punyer.tak payah takut lar..." Naik sikit semangat...Aku buat preparation untuk tajuk "How to Handle the Conflict in My Life". Waktu berkumpul di dewan, En.Mod...CikAida..semua ada untuk menilai peserta. Aku lagi la berdebar,mana taknya nanti kena naik pentas untuk Public Speaking dan sesi interview terus. Aku asyik memerhatikan semua peserta dan melihat kehebatan masing-masing. Mr.K kasitau pasal 'Yahoo Messenger'...dia ok jer walaupun ditanya memacam oleh judge. Tetiba jer...beberapa orang dibawa oleh Mr.Lim untuk sesi ini.Aku, Kak Dahlia, Julie n beberapa orang lagi di bawanya di bawah pokok. Sempoi ajer...

Selepas aktiviti Interview itu, kami bersurai dan balik ke bilik untuk mengemas barang...kerana hari terakhir di sini. Selepas makan tengahari, kami menanti waktu untuk pulang. Haa...gambar kat atas ni jadi kontroversi jap.

Bergambar kenangan beramai-ramai. Pada hari pertama aku tiba di sini, hati melonjak untuk balik kerana aku mula final exam pada 22 April 2008...tetapi setelah pulang baru aku mendapat merasai kemanisannya walaupun agak terhad masa di sini. Andai dapat di ulang lagi, ingin sekali aku rapat dengan semua namun masa terlalu mencemburui kami dan tidak mungkin ia dapat di undur. Aku rindu..rindu kawanku. Sementara menanti bas, kami sempat lagi berposing di kantin tu...


Kemesraan yang terjalin takkan terputus...kepada rakan-rakan sekalian, kamu semua tetap dalam ingatan dan di hati ini walau di mana berada.

Gambar di bawah ni...sempat ajer posing walaupun da nak naik bas.Hehehe... Aik!Mr.K...datang hari tu naik bas lain,awat silap bas ni???Takpe takpe...kedatangan anda dialu-alukan.Huhuu


Sewaktu dalam bas...driver tu pasang cerita Anak Halal.Kebetulan la pula ada sorang mamat ni ada iras sikit ngan pelakon citer tuh, Ady Putra. Sape mamat tuh? Huh..ada kat sebelah aku...aku panggil Ady Putra celup!!! Jangan marah haa...nanti kena jual>>> Peace!







full of memories here...never forget! Bring me a chance to know each other better...

yes, wonderful...holding hands..n share dreams...but it never come back to us!!

Appreciate it...




a present from Yan's heart...

No comments:

Post a Comment