Share My Life,
sometimes the very thing you're looking for... is the one thing you can't see!!!
Tuesday, February 9, 2010
Tuesday, February 2, 2010
tak mungkin kerana sayang
jangan diingat kenangan lama...
kalau la hati n minda aku ni macam remote tv kan best, off bila-bila masa aje kalau xmo tengok.
kisah yg tiada berkesudahan,
pengalaman yg tidak boleh dibeli...
kesedihan kekecewaan yang tidak tergambar..
belum tiba untuk membongkar segala rahsia...
juga tidak bertemu pengganti si dia..
Sunday, April 19, 2009
SEMAIKAN CINTA BEGINI...
Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya...
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya...
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa...
Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa...
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa...
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya...
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga...
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya...
Tolong ingatkan si dia, 'aku terpikat kerana imannya bukan rupa'...
Tolong ingatkan si dia, 'aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta'...
Tolong ingatkan si dia, 'aku kasihinya kerana santunnya'...
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia...
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya...
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya...
Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa...
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga...
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya...
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana...
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta...
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya...
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya...
Tolong pesan padanya, aku tak mahu jadi punca kegagalannya...
Tolong pesan padanya, jangan mudah bangga apabila berada di puncak kejayaan...
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya...
Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia...
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian & cita-citanya...
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku...
Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga...
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya...
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa...
Tolong sampaikan paa si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya Engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia...
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa & di mana dia...
Moga dia seekor lebah yang sentiasa meuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya...
dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya...
Simpanlah pesananku ini sehingga engkau bertemu diriku di suatu hari nanti..."
Saturday, April 18, 2009
CITA-CITA, CERITA & RAHSIA....
Setiap kita mempunyai cita-cita, mempunyai cerita, mempunyai rahsia. Demi cinta dan harapan cinta yang menggunung tinggi,dia berlari, merentas mendaki…kendati duri pun kian mendalam menusuk hati. Biar tersungkur jatuh berkali-kali, dia tidak peduli,pantas bangkit berdiri,melangkah lagi bagai tiada apa yang terjadi. Cintanya pada cinta, she was in love with love,membakar diri. Mata sekadar memandang, bahu memikul beratnya bukan kepalang.Lidah itu mudah berbicara, perit deritanya tiada yang merasa. Dia demikian juga tak dapat lari dari detik-detik suka dan duka, merasa nikmat keindahan alam remaja. Pernah terlena dek kemanisan yang dilalui bersama,juga terluka dek kepedihan gelombang kecewa. Biar berjuta bintang berkerdipan di angkasa…biar beraneka kumbang di taman puspawarna, namun yang diimpikan tetap bulan nan tinggi yang diidamkan tetap mawar yang berduri. Sayangnya, bulan nan tinggi tak tercapai, mawarnya layu gugur berderai. Mimpi sucinya hancur…hancur berkecai, berkecai, berkecai…
Friday, April 17, 2009
kisah rumput & orang yang disayangi
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:
Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat?
Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
KESILAPAN KU, KEEGOAN MU...
Hampa yang kau rasakan hampa lagi perasaanku
Kau cuba menyatakan aku
Membuat kesilapan
Yang tak mungkin kau maafkan lagi
Ku tak mungkin kau perlu di sisi
Besar kesalahanku besar lagi keegoanmu
Berkali ku beri alasan berkali-kali kau menolaknya
Kau ingin ku menyalakan
Diri ini bagai lilin
Dan terbakar oleh perbuatanmu
Suasana sepi kini menambahkan bening
Di dalam hatiku
Mengadil silapmu biar di jiwamu aku telah tiada
Di waktu begini diusik kenangan silam
Yang bertandang
Lalu ku biarkan
Ia menabahkan hati ini
Cukup engkau buat ku begini
Luka ini usah engkau berdarahkan kembali
Aku masih cinta padamu
Aku masih setia padamu
Kembalilah engkau padaku seperti dahulu
Di dalam rindu ku menangis
Di dalam kalbu ku terasa
Teringatmu di kala derita
Yang memisahkan kita
Di dalam sedu ku berseru
Yang terukir di dalam hatiku
Bukalah pintu
Untuk sekali ini
Aku cinta kepadamu
Semester 5 di Universiti Malaya...
Next week dah nak start final exam...tak ada semangat langsung!!!Down!Down!Down! Entah la macammana..huahua nak exam 6 paper nih!!!Study!Study!Study! Jangan malas malas...kalau malas pun bukan ada orang nak ketuk kepala ku lagi..uwa!uwa!uwa!!!
Tapi aku nak share gambar waktu last day dalam kelas... Kelas Pengurusan Pasukan & Atlet,Pensyarah kami : En Roslan Salikon Dalam kelas ni ada 12 pelajar,aku sorang je pompuan...huhu dah tu jadi ketua klas plak tuh kepada semua budak lelaki ni..alahai
ni plak kelas Pengurusan Profesional, pensyarah kesayangan kami : Pn Wirdati kelas ni plak, aku ngan Hani jer pompuan..actually subjek ni patut ambik semdepan macam kelas Pro gak... yang ni betul-betul last kelas...Pengurusan Acara,pensyarah : Dr. Nadhratul Wardah... haa..ni klas yang buat acara sukan..sem ni kami buat Family Charity Explorace...yeha!!!
Hey kekawan jangan lupa p exam taw!!!
Nih jadual exam aku sem ni...
22 April 2009 : VMES3203 ( Pemasaran Sukan)3.00ptg @ Aras 2
23 April 2009 : VMES3125 ( Pengurusan pasukan & atlet)3.00ptg@Aras 2
27 April 2009 : VMES3129 ( Pengurusan Profesional) 8.30 pagi @ Aras 2
28 April 2009 : VMES3128 ( Sport Tourism)8.30 pagi @ Aras 1
30 April 2009 : VMES3204 ( PR,Promosi&Dana) 11.30pagi @ DTC
04 May 2009 : VMES3205 ( Pengurusan Acara) 8.30pagi @ Aras 2
* Harapanku, semoga sem ni PNG naik lagi...huahua
Biar gempaQ sikit!!!! Usaha itu tangga kejayaan..so nak resepi kejayaan??
carilah segenggam IMPIAN,
adunkan dengan MOTIF dan TINDAKAN hingga sebati,
tambahkan dengan LATIHAN secukup rasa,
hiasi dengan DISIPLIN,
hasilnya...
MATLAMAT YANG MENJADI KENYATAAN!
19-20 Feb 2009 @ Carlton Holiday & Stadium Melawati
6,7,& 8 Feb 2009 @ Malacca
sampai je kat Puteri Resort ni, kami set up apa yang patut dulu..
malamnya...pergi jejalan kat Jonker Walk...
alahai...Zul penat ke drive, meh Yan ambik alih ek...huhu penat aku nak drive pregio nih!!
7 Feb 2009...
main kompang...
tugas aku ialah jadi kameraman....hahahha
8 Feb 2009...
last day here!!
kemas barang,cepat...
sebelum balik KL, singgah makan ikan bakar kat Umbai...